25162516orang sudah tandatangan.
Sertai juga!

Apa yang sedang berlaku di hutan hujan primer di Borneo?

Latar Belakang

Di Sarawak, Malaysia, salah satu hutan hujan primer terakhir di Asia Tenggara sedang dimusnahkan. Menurut penyelidikan kami, sekurang-kurangnya 4,000 tan kayu tropika-bersamaan dengan lebih kurang 100 padang bola sepak – dibawa keluar dari kampung Ba Data Bila setiap bulan dari kawasan seluas 170,000 hektar. Anggaran nilai pasaran kayu balak ini mencecah jumlah lebih dari 2.1 juta dolar AS sebulan.

Kawasan penebangan hutan terletak di dalam kawasan Hutan Terlindung Suling Sela'an, kawasan yang dikhususkan sebagai pusat tumpuan biodiversiti. Paling membimbangkan ialah hakikat bahawa kebanyakan penebangan hutan berlaku di zon teras Taman Damai Baram yang dirancang - di tengah-tengah salah satu hutan hujan utama yang masih utuh dan terakhir di dunia.

(Aktiviti penebangan hutan (merah) di kawasan Taman Damai Baram sekitar Ba Data Bila)


Siapa dalang di sebalik ini semua?

Syarikat yang bertanggungjawab adalah Borneoland Timber Resources (‘‘Borneoland’’), yang dipegang atau diketuai oleh pengusaha kayu terkenal dan berpengaruh iaitu Hii Kim Chiong. Permit pembalakan telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak secara tertutup – tanpa penilaian impak alam sekitar (Environmental Impact Assessment, EIA) dan tanpa melakukan rundingan dengan Orang Asal di kawasan sekitar.

Menurut sumber tempatan, Borneoland merupakan satu entiti yang membekalkan kayu kepada Shin Yang Group. Selain Eropah dan Amerika Syarikat, salah satu pelanggan utama produk kayu Shin Yang adalah negara Jepun. Shin Yang mengambil langkah dengan berdiam diri apabila diminta penjelasan mengenai hal itu.

(Perusahaan Malaysia Shin Yang memasuki pasaran Jepun, Eropah, dan Amerika Syarikat)


Komuniti Orang Asal: Penan Bangkit Menentang

Komuniti Orang Asal iaitu Masyarakat Penan di kawasan Baram sangat terkesan dengan aktiviti ini. Penduduk yang menentang penebangan hutan ini telah diarahkan untuk berpindah secara paksa dan hak mereka diabaikan.

Penan adalah masyarakat komuniti yang bergantung dengan hutan untuk kehidupan mereka. Rakan sekutu kami dari Masyarakat Penan melaporkan bahawa tahap kemusnahan hutan yang berlaku adalah sangat membimbangkan. Berlakunya pencerobohan ke atas tanah yang diwarisi oleh nenek moyang mereka - tempat tinggal - bahkan penggondolan dalam skala yang besar terhadap hutan mereka.

Meskipun terdapat banyak aduan sehingga ke tahap kes mahkamah, penebangan hutan ini masih sahaja berleluasa dan terus berlanjutan.

(Kampung -kampung di kawasan Baram ingin melindungi hutan mereka)


Perjuangan Penan

Penan berjuang habis-habisan dengan penuh semangat keberanian bagi menghalang kerosakan tempat tinggal mereka:

  • Mereka telah mendirikan sekatan pada laluan-laluan yang pada akhirnya berulang kali dirobohkan.
  • Mereka telah mengirimkan surat protes dan berisi aduan kepada kerajaan, SUHAKAM dan agensi yang lain.
  • Petisyen daripada penduduk tempatan yang mengumpulkan seramai 500 tanda tangan telah dilakukan – namun tetap juga diabaikan.
  • Akhirnya, mereka memfailkan saman ke Mahkamah Agung Sabah dan Sarawak. Sehingga kini kes ini masih diteruskan.

(Suku kaum Penan membantah aktiviti penebangan hutan mereka dengan mendirikan sekatan.)


Kami perlukan Anda:

  • Jurang ketelusan dan pengabaian secara sistematik terhadap suara-suara mereka yang terkesan harus ditamatkan dengan segara. Kaum Penan memerlukan solidariti kita - sekarang juga.
  • ⁠Hutan-hutan tua yang terakhir di Borneo harus kita lindungi.

Bruno Manser Fund menyokong suku Penan dalam setiap langkah perjuangan mereka terhadap pembalakan hutan secara haram. Namun, kami juga memerlukan bantuan anda untuk sama-sama melakukannya.

Tandatangani petisyen kami sekarang - dan sokong kempen ini dengan menyalurkan sumbangan atau derma.

Maklumat lanjut boleh didapati dalam kenyataan akhbar sebelumnya (dalam bahasa Inggeris)