
Tandatangani petisyen
Selamatkan Hutan Baram dari Pembalakan!
Syarikat kayu Malaysia Borneoland Timber Resources (“Borneoland”) sedang giat menebang hutan hujan seluas 170,000 hektar. Tanpa mempertimbangkan impak sosial dan ekologi, syarikat ini mengeluarkan lebih dari dari 4,000 tan kayu tropika pada setiap bulan dari kawasan Ulu Baram. Hutan tersebut merupakan hak milik dan diduduki oleh suku Penan. Namun, permit penebangan kayu telah dikeluarkan tanpa melalui rundingan dengan komuniti yang terjejas akibat daripada aktiviti ini.
Kami mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Premier Sarawak untuk :
- Menghentikan segera aktiviti pembalakan hutan hujan di Ulu Baram
- Menarik balik lesen pembalakan T/9246 yang diberikan kepada Borneoland
- Menarik balik permit penggunaan jalan hutan di hulu Sungai Baram oleh syarikat kayu dan menetapkannya sebagai jalan umum
Anda boleh membuat derma untuk kempen kami bagi melindungi hutan hujan dara terakhir di planet ini.
Terima kasih atas sokongan Anda.
Terima kasih!
Bkongsikan kempen tandatangan ini sekarang dan sokong usaha pemeliharaan hutan hujan tropika.