25202520orang sudah tandatangan.
Sertai juga!

Hutan hujan primer Borneo terancam!

Di Sarawak, Malaysia, terletak salah satu hutan hujan primer terakhir di Asia Tenggara ditebang secara besar-besaran termasuk di kawasan hutan yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan dalam hotspot biodiversiti.

Walaupun terdapat peraturan alam sekitar antarabangsa, kayu tropika bernilai lebih daripada USD 2 juta dibawa keluar dari kawasan itu setiap bulan. Komuniti Penan sebagai penduduk asal terkesan secara langsung dan berjuang mempertahankan hutan mereka melalui sekatan jalan, petisyen serta tindakan undang-undang di mahkamah. Namun, suara mereka tetap diketepikan.

Kemusnahan ini berpunca daripada pemberian lesen pembalakan kepada syarikat Borneoland Timber Resources tanpa menitikberatkan penilaian alam sekitar.

Masyarakat Penan yang tinggal di kawasan ini amat memerlukan sokongan kita.

Tandatangani petisyen kami dan bantu lindungi hutan hujan!