LAPORAN BARU: Perompakan Baram Peace Park
Bagaimana jika projek pemuliharaan hutan ditukar menjadi projek penebangan kayu?
Selama beberapa dekad, komuniti Orang Asal di kawasan Ulu Baram di Borneo Malaysia telah berjuang menentang pembalakan dan, melalui usaha berterusan mereka, kawasan hutan yang luas berjaya dilindungi. Usaha ini melahirkan visi Baram Peace Park, yang kemudiannya dirasmikan oleh kerajaan Sarawak sebagai "Upper Baram Forest Area (UBFA)."
UBFA merupakan permulaan satu peralihan daripada pengekstrakan kayu komersial yang disokong oleh kerajaan kepada pemuliharaan hutan dan tadbir urus Orang Asal yang telah lama tertangguh.
Laporan ini mendedahkan kegiatan pembalakan yang dijalankan tanpa ketelusan, tanpa tender terbuka atau tanpa Izin Maklum Awal Bebas dan Telus (I-MABT) daripada komuniti yang terkesan. Ia juga mempertengahkan usaha berterusan komuniti Orang Asal Baram, melalui sekatan, tindakan undang-undang, dan usaha mengadvokasikan perlindungan kekal wilayah nenek moyang mereka.
Tuntutan laporan ini termasuk - pembatalan segera konsesi pembalakan, akauntabiliti daripada pembuat keputusan seperti kerajaan Sarawak, kerajaan Jepun, dan ITTO (Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa), dan pemenuhan janji yang dibuat di bawah inisiatif Baram Peace Park.
Muat turun laporan: